MENU

LAWATAN PROGRAM TURUN PADANG MPM

KE KAWASAN AYER TAWAR

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Lawatan Program Turun Padang ke Jalan Central, Taman Pegoh, Taman Orkid 2 dan Kampung Baru pada 2 November 2016 (Rabu), jam 8.30 pagi bagi melihat aduan dan permohonan penduduk setempat di tapak.  Antara isu yang diterima ialah berkaitan gerai yang usang dan kotor, longkang rosak, dan permohonan menaik taraf longkang tanah kepada longkang konkrit.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Fatimah Nor Abd Rahim, Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam dan disertai oleh wakil-wakil jabatan MPM.  Turut menyertai lawatan ini ialah Encik Anbu Shanmukam, Encik Pang Chok King dan Ir. Ong Kean Sing, Ahli Majlis MPM serta Encik Ding Kong Chong, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 17 dan Encik Lau Ah Tee, Pengerusi JPP Zon 18.