MENU

 NOTIS PEMBERITAHUAN

11 NOVEMBER 2009

KEDIAMAN ANDA SEKARANG TERTAKLUK DIBAWAH UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM, AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN SERTA AKTA DAN UNDANG-UNDANG DIBAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN,

OLEH ITU ANDA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MELANGGAR PERATURAN –PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP KESALAHAN-KESALAHAN YANG DILAKUKAN.

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BERKAITAN:-

  • Melencong daripada pelan yang diluluskan Majlis Perbandaran Manjung
  • Mengubahsuai bangunan tanpa sebarang kelulusan daripada Majlis Perbandaran Manjung
  • Mendirikan bangunan atau binaan tanpa sebarang kelulusan daripada Majlis Perbandaran Manjung
  • Mendeposit bahan binaan tanpa sebarang permit yang sah.

HUKUMAN DAN DENDA:

SEBARANG PEMBINAAN YANG MELENCONG DARIPADA PELAN YANG DILULUSKAN ADALAH BERSALAHAN DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN DIBAWAH SEKSYEN 70(13)(b) AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974(AKTA 133) DAN BOLEH DIDENDA TIDAK LEBIH LIMA PULUH RIBU RINGGIT (RM 50,000.00) ATAU DIPENJARAKAN TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA DAN JUGA BOLEH DIKENAKAN DENDA TAMBAHAN SEBANYAK SATU RIBU RINGGIT (RM 1,000.00) BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU DITERUSKAN SELEPAS SABITAN

SEBARANG PENGUBAHSUAIAN RUMAH KEDIAMAN PERLU MENDAPAT KELULUSAN BERTULIS DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DAN SEKIRANYA ANDA MELANGGAR AKTA DAN DIDAPATI BERSALAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN BOLEH DI DENDA TIDAK LEBIH DUA PULUH LIMA RIBU RINGGIT (RM 25,000.00) DAN DIKOMPAUN TIDAK MELEBIHI DUA RATUS LIMA PULUH RINGGIT (RM 250.00) BAGI TIAP –TIAP HARI KESALAHAN DILAKUKAN SERTA MENGUBAH DENGAN APA CARA ATAU MERUNTUHKANNYA ATAS PERINTAH MAHKAMAH MAJESTRET SEKSYEN 70(11) AKTA PARIT, JALAN DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133)

SEBARANG PEMBINAAN BANGUNAN SAMADA SEMENTARA ATAU KEKAL YANG TIDAK MENDAPAT KELULUSAN BERTULIS DARIPADA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, ANDA ADALAH BERSALAH DIBAWAH SEKSYEN 7O (1) AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974(AKTA 133) DAN BOLEH DIDENDA DIBAWAH SEKSYEN 70(13)(a) IAITU DENDA TIDAK LEBIH LIMA PULUH RIBU RINGGIT (RM50,000.00) ATAU DIPENJARAKAN TIDAK MELEBIHIH TIGA TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA DAN JUGA BOLEH DIKENAKAN DENDA TAMBAHAN SEBANYAK SATU RIBU RINGGIT (RM1,000.00) BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU DITERUSKAN SELEPAS SABITAN

ANDA JUGA TIDAK DIBENARKAN MENJALANKAN SEBARANG AKTIVITI PERNIAGAAN DI DALAM KAWASAN PREMIS KEDIAMAN ANDA. SEKIRANYA ANDA DIDAPATI BERSALAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN BOLEH MENDENDA TIDAK LEBIH SATU RIBU RINGGIT (RM 1,000.00) DAN JUGA BOLEH DIDENDA TAMBAHAN TIDAK LEBIH SATU RATUS RINGGIT (RM 100.00) BAGI TIAP –TIAP HARI KESALAHAN ITU DITERUSKAN SETELAH NOTIS TELAH DISAMPAIKAN. SEKSYEN 70(12) AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133)

Atas Arahan
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Manjung