MENU

Fungsi

Bahagian Perlesenan

  1. Memproses dan mempertimbangkan semua permohonan lessen perniagaan dan papan iklan baru mengikut undang-undang yang berkaitan.
  2. Memproses permohonan permit perniagaan sementara, penjaja sementara, permit perayaan, permit meletak meja di luar premis dan sebagainya.
  3. Memproses permohonan pembaharuan lessen.
  4. Memproses permohonan pindahmilik lessen.
  5. Memproses permohonan lessen iklan sementara.
  6. Memastikan semua perniagaan di kawasan majlis mematuhi syarat-syarat perlesenan yang di tetapkan.

Bahagian Perkhidmatan Bandar

  1. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah domestik dengan mematuhi piagam pelanggan dan syarat yang ditetapkan.
  2. Melaksanakan kerja-kerja pembersihan tempat awam seperti pasar awam, stesen dan perhentian bas, jalan utama sepertimana piagam pelanggan yang telah ditetapkan.
  3. Memantau dan peraku kerja-kerja pembersihan kawasan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik memtuhi syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
  4. Memantau pemajak tandas awam supaya menyelenggara tandas awam dengan baik dan bersih.
  5. Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima berkaitan pembandaran.

Bahagian Pentadbiran Zon

  1. Merancang dan menguruska pembelian serta pembaikan peralatan kerja, jentera dan kenderaan.
  2. Menyelia dan mengurus perakuan pembayaran kontrak / pembelian peralatan kerja dan penyelenggaraan kenderaan.
  3. Menyelia dan meguruskan dokumen sebutharga dan tender jabatan.
  4. Mengurus dan merekod belanjawan serta buku vot jabatan.
  5. Memantau dan mengemaskini laporan aduan awam kepada zon yang terlibat.
  6. Mengurus pembayaran bil air Majlis dan bil pembentungan banggunan Majlis.
  7. Merancang dan meyelaras kursus dan latihan anggota.
  8. Mengurus dan mengemaskini rekod cuti rehat / cuti sakit anggota.
  9. Mengurus semua tuntutan anggota jabatan seperti tututan elaun lebih masa, elaun pemandu ganti, elaun perjalanan dan sebagainya.
  10. Menyedia dan menyelaraskan laporan tatatertib anggota untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib Majlis.
 @page_break@
 

Bahagian Kesihatan Awam

  1. Merancang dan meguruskan aktiviti kawalan vektor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Manjung.
  2. Merancang dan mengurus penyelenggaraan tapak perlupusan.
  3. Merancang dan melaksanakan Prigam Kitar semula dan Kempen kebersihan serta yang berkaitan.

 

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN PERLESENAN

Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen-lesen perniagaan 

 i.      LESEN BERISIKO : pertimbangan YDP / SU                                - 10 Hari

       ( Rujuk senarai lesen berisiko)

 ii.    LESEN TIDAK BERISIKO: Pertimbangan Jabatan                       - serta merta

       (Rujuk senarai lesen tidak berisiko)

iii.    LESEN PAPARAN IKLAN SAHAJA : Pertimbangan Jabatan         - serta-merta

 

Dengan syarat mematuhi kehendak-kehendak yang telah ditetapkan oleh Majlis Pembandaran Manjung dan tempoh masa memproses lesen adalah mengikut hari bekerja.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR 

Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan kutipan sampah domestik mengikut piawaian yang telah ditetapkan

  1. Kawasan bandar / perniagaan                 setiap hari
  2. Kawasan perumahan (Kediaman)           3 kali seminggu
@page_break@
 

Kerja-kerja pembersihan kawasan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak Majlis mengikut / kawasan yang telah ditetapkan.

a) Pengurusan Sampah (MPM)

Kutipan sampah domestik kawasan kediaman - 3 kali seminggu

Kutipan sampah domestik kawasan perniagaan - setiap hari

 
b) Pembersihan Longkang (Kontraktor)

Pembersihan longkang kawaan kediaman - 1 kali sebulan

Pembersihan longkang kawasan pekan/perniagaan - selang sehari

 
c) Pemotongan Rumput (Kontraktor)

Pemotongan rumput kawasan taman perumahan - 1 kali sebulan

Kutipan sampah pukal (kawasan perumahan) - 1 kali sebulan

Pemotongan rumput kawasan padang/tanah lapang - 2 kali sebulan

CATATAN :

Pemantauan perkhidmatan pembersihan dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran mengikut zon

 

  

Mengambil tindakan ke atas aduan dalam tempoh 10 hari bekerja.

- Memperakui bayaran kepada pembekal / kontraktor untuk dihantar kepada Jabatan Pembendaharaan dalam tempoh 2 hari selepas tuntutan diterima.

- Memperakui kes-kes tatatertib untuk tindakan Jabatan Khidmat Pengurusan dalam tempoh 14 hari laporan diterima.

HUBUNGI KAMI

Tel umum: 056898914/15

Fax  umum: 056882102

Alamat : Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung

Emel umum: pelesenan@mpm.gov.my

Pegawai : Noorhayati Bt Abd Rahim