MENU

Fungsi

Jabatan ini mengandungi 3 bahagian utama iaitu bahagian Perhubungan awam, Bahagian Pelancongan & Penyelidikan, dan Bahagian Sukan & Kebudayaan yang mempunyai fungsi masing-masing :

Bahagian Perhubungan Awam

  1. Mengendalikan aduan dan permohonan (aduan awam dan aduan-aduan daripada Biro Pengaduan Awam, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pejabat Menteri Besar, Pejabat ADUN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi kerajaan lain).
  2. Mengurus dan mengendalikan pelaksanaan Sistem 'Area Officer' (penempatan dan penyediaan Laporan ‘Area Officer') dan Program Tugasan Harian Ahli Majlis.
  3. Mengurus dan mengendalikan Program Turun Padang (hari Rabu setiap minggu).
  4. Memgurus dan mengendalikan kerja-kerja penerbitan MPM (Laporan Tahunan, Buletin Suara Permai, Info MPM, Pamplet Jabatan, kad ucapan perayaan dan kain rentang perayaan/program).
  5. Mengurus dan mengendalikan Program Local Agenda 21 dan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
  6. Mengeluarkan kenyataan media dan mengendalikan sidang media berkaitan aktiviti-aktiviti MPM.
  7. Menyediakan teks-teks ucapan bagi pihak-pihak berkepentingan.
  8. Mengurus dan mengendalikan dialog atau pertemuan orang awam dengan pihak MPM (Hari Bertemu Pelanggan, pembukaan Kaunter Khidmat Pelanggan dan Majlis Mesra Rakyat).
  9. Mengurus dan mengendalikan lawatan agensi luar ke MPM.
  10. Mengurus dan mengendalikan perpustakaan Majlis Perbandaran Manjung.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017 - 11:15am