MENU

Bahagian Pelancongan

  1. Menyediakan dan memastikan maklumat pelancongan yang lengkap dan boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.
  2. Membantu aktiviti promosi pelancongan di ekspo-ekspo serta program anjuran MPM, Kerajaan Negeri Perak dan pihak-pihak yang berkenaan.
  3. Mengurus dan mengendalikan penginapan di hotel atau chalet milik MPM.
  4. Menyedia dan menerbitkan informasi-informasi berkaitan pelancongan di kawasan perbandaran Manjung.

Bahagian Sukan dan Kebudayaan

  1. Menyelenggara Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran dan peralatan di dalamnya serta menguruskan penyewaannya.
  2. Menyelenggara Mini Kompleks Sukan MPM dan peralatan di dalamnya serta menguruskan penyewaannya.
  3. Mengurus, merancang serta menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi di kalangan anggota MPM serta orang ramai.
  4. Menyelaras kemudahan-kemudahan sukan & rekreasi dibawah kawalan MPM.
  5. Mengurus, merancang dan menggalakkan aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan dikalangan kakitangan Majlis serta masyarakat Daerah Manjung.
  6. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sosial untuk penduduk dan anggota majlis, khususnya yang melibatkan aktiviti sukan dan kebudayaan.

MATLAMAT

‘Mewujudkan Masyarakat Perbandaran Manjung yang peka terhadap persekitaran setempat dengan mengamalkan nilai-nilai murni, berdisplin, berilmu, berbudaya, bersatu padu dan masyarakat penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran di Daerah Manjung di samping memastikan imej bandar pelancongan dan maritim sentiasa dihati semua.'

MOTTO

"MESRA, TEPAT, PROAKTIF"

OBJEKTIF KUALITI

  1. Memastikan perkhidmatan yang cemerlang diberikan kepada semua pelanggan adalah cekap, berkesan, mesra pelanggan dan memuaskan.
  2. Memastikan penghasilan maklumat dan informasi Majlis yang tepat dan disampaikan kepada komuniti dari masa ke semasa serta berterusan.