MENU
  1. FUNGSI BAHAGIAN DI DALAM JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI & SOSIAL

 

  1. BAHAGIAN KEMASYARAKATAN

 

  1. LATARBELAKANG

 

  • Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial ditubuhkan pada Jun 2004 dan diketuai oleh seorang ketua bahagian, iaitu Penolong Pegawai Tadbir (N 27) serta seorang Pembantu Tadbir.
  • Bahagian ini diwujudkan setelah penstrukturan semula jabatan-jabatan di Majlis Perbandaran Manjung ini dan bertujuan untuk bergiat aktif dalam semua bentuk program kemasyarakatan serta hubungan kemasyarakatan disamping bertindak sebagai bahagian yang menjadi saluran komunikasi dan informasi utama penduduk serta penyebaran informasi antara dua pihak iaitu pihak Majlis Perbandaran Manjung dan warga perbandaran.

 

  1. VISI

 

  • Mewujudkan Masyarakat Perbandaran Manjung yang peka terhadap persekitaran setempat dengan mengamalkan nilai-nilai murni, berdisplin, berilmu, berbudaya, bersatu padu dan masyarakat penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran di Daerah Manjung.
  1. MISI
  • Menggerakkan usaha pelaksanaan program-program kemasyarakatan yang menjurus kearah intergrasi social dan perpaduan komuniti.
  1. OBJEKTIF BAHAGIAN KEMASYARAKATAN
  • Menjadi pemudah cara yang mesra di antara warga perbandaran dan jabatan di Majlis Perbandaran Manjung dalam mengurus, menganjur, menyelaras dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan kepada warga perbandaran Manjung.