MENU
  1. FUNGSI UTAMA BAHAGIAN KEMASYARAKATAN

 

  1. Merancang, mengurus, menyelaras dan menyelia Bahagian Kemasyarakatan merangkumi aspek program sosial, intergrasi kaum, pendidikan dan program berkaitan.
  2. Melaksanakan pengurusan penglibatan komuniti, padangan penduduk dan pengendalian sesi bersama komuniti atau maklum balas daripada penduduk melalui program Town Hall, sesi dialog, pertemuan Ahli Majlis serta program yang berkaitan dengan penerimaan suara dan pandangan penduduk kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung.
  3. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan menyelia program Ahli Majlis selaku Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Penduduk melibatkan 24 zon merangkumi sesi mesyuarat dan perbincangan isu-isu dan masalah komuniti di zon.
  4. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan menyelia prospek pegawai perhubungan kawasan mengikut 24 zon yang telah ditetapkan.
  5. Menyelia aktiviti jawatankuasa penduduk merangkumi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan penduduk di daerah Manjung.
  6. Merancang dan melaksanakan usaha pemberian insentif atau memperuntukkan kepada komuniti bagi tujuan keperluan setempat dalam aspek insentif berbentuk fizikal atau kewangan mengikut kemampuan dan keperluan sedia ada Majlis Perbandaran Manjung.
  7. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan menyelia pusat kejiranan yang dikawal selia oleh Jabatan dan juga komuniti setempat disamping menjayakan program-program di pusat-pusat tersebut.
  8. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan menyelia program Bandar selamat melalui pendekatan kerjasama bersama Jabatan Perpaduan (Skim Rondaan Sukarela SRS) atau yang berkaitan serta menjayakan melalui program Majlis Perbandaran Manjung (Bersama Komuniti Menyelami Isu dan Masalah Sosial BESKAL).
  9. Mengendali ataupun bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan terhadap semua program rasmi Majlis, program peringkat daerah, negeri dan persekutuan.
  10. Bertanggungjawab dalam membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti sosial untuk penduduk dan anggota Majlis seperti program sosial, perpaduan dan seumpamanya bagi merapatkan dan memupuk suasana Mesra Rakyat di kawasan perbandaran.
  11. Pengurusan perpustakaan dan mengemaskini perpustakaan dengan baik dan teratur.
  • Merancang, mengurus, menyelaras, melaksanakan dan menyelia program Kebun Komuniti / Rakan Taman di kawasan kejiranan.
  1. Menjalinkan kerjasama dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak termasuk Agensi Kerajaan (merangkumi Pihak Berkuasa Tempatan PBT) Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta di dalam melaksanakan program sosial dan mewujudkan rangkaian maklumat yang tetap berhubung dengan program-program usahasama yang diatur.
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan menyelia skop pengurusan bencana di kawasan perbandaran Manjung.
  • Memberi dan menyebarkan, termasuk mengemaskini maklumat berkaitan Majlis Perbandaran Manjung seperti informasi berkaitan program komuniti, maklumat am jabatan, informasi berkaitan polisi, nasihat serta perkara yang bersesuaian di facebook Majlis Perbandaran Manjung dan Blogspot.com.