MENU

OBJEKTIF JABATAN PENGUATKUASAAN

 

Memastikan kepentingan awam dipelihara melalui  pengawalan dan tindakan penguatkuasaan berdasarkan Peruntukan Undang-Undang Bertulis yang dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Manjung disamping  member pendidikan supaya masyarakat bersikap lebih bertanggungjawab dan menghormati undang-undang.

 

FUNGSI JABATAN PENGUATKUASAAN :

  1. Menjalankan Aktiviti Penguatkuasaan Mengikut Peruntukan-Peruntukan Kuasa Yang Diberikan Dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1976 (Akta 133) Dan Undang-Undang Kecil Yang Telah Ditetapkan.
  2. Melaksanakan Tindakan Penguatkuasaan Ke Atas Kesalahan-Kesalahan Tempat Letak Kererta Mengikut Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta)(Majlis Daerah Manjung) 2000.
  3. Memastikan Setiap Bentuk Dan Aktiviti Perniagaan Mempunyai Lesen Yang Sah.
  4. Memastikan Tiada Apa-Apa Halangan Di Atas Kaki Lima Premis.
  5. Mengawal Pemasangan Kain Rentang, Banting, Sepanduk, Banner, Streamer Dan Papan Tanda Tanpa Permit.
  6. Memproses Permohonan Dan Pengeluaran Lesen Anjing Mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.
  7. Memproses Kupon Tempat Letak Kereta, Pelekat Bulanan/Tahunan Dan Petak Khas Tempat Letak Kereta.
  8. Menerima Kutipan/Bayaran Untuk Tawaran Mengkompaun Suatu Kesalahan, Kos Simpanan, Permohonan Lesen Anjing, Kupon Tempat Letak Kereta, Pelekat Bulanan/Tahunan Dan Petak Khas Tempat Letak Kereta.
  9. Menerima Setiap Aduan Awam Dan Melakukan Siasatan Serta Tindakan Terhadap Aduan Tersebut Dan Memberi Maklum Balas Kepada Pengadu Di Atas Aduan Itu.
  10. Mengeluarkan Notis Peringatan Pertama/Terakhir Bagi Tawaran Mengkompaun Suatu Kesalahan Yang Belum Dijelaskan Bayarannya Dan Melaksanakan Proses Tindakan Mahkamah Bagi Notis Peringatan Yang Belum Dijelaskan.
  11. Menyediakan Senarai Inventori Dan Melaksanakan Pelupusan Untuk Apa-Apa Barangan Yang Telah Disita Oleh Jabatan Penguatkuasaan
  12. Terlibat Dalam Aktiviti Penguatkuasaan Bersama Agensi Penguatkuasaan Persekutuan Dan Negeri.

 

    HUBUNGI KAMI

    Tel umum: 056898863/64 6881202
    Fax umum: 056882102
    Alamat : Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
    Emel umum: Penguatkuasaan @mpm.gov.my
    Pegawai : Mohd Zahrizan B Dinin

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017 - 11:15am