MENU

  • Bentuk Bujur melambangkan kekuatan Rohani dan Jasmani serta sentiasa aktif untuk mewujudkan suasana Perbandaran yang dinamik.
     
  • Bunga Padi melambangkan ketaatan kepada pemerintahan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
     
  • Simbol Jalur Biru melambangkan Daerah Manjung sebagai pengeluar tenaga elektrik.
     
  • Simbol Litar Elektronik melambangkan kemajuan Majlis Perbandaran Manjung sering­ dengan kemajuan ICT.
     
  • Simbol bangunan perindustrian dan pelabuhan menggambarkan Daerah Manjung sebagai sebuah Daerah yang menyediakan prasarana perindustrian / perkapalan di Perak secara khasnya dan di Malaysia amnya.
     
  • Simbol Kapal Layar dan Ombak menunjukkan komitmen Majlis Perbandaran Manjung untuk memajukan industri pelancongan dan maritim.
     
  • Tulisan Jawi melambanhgkan komitmen Majlis Perbandaran Manjung untuk memartabatkan nilai-nilai Agama, Bangsa dan Budaya.
     
  • Tulisan Majlis Perbandaran Manjung secara Melenkong menggambarkan komitmen dan kesediaan Majlis Perbandaran Manjung untuk meneraju dan membimbing warga Perbandaran Manjung menuju kemajuan dalam segala aspek.
     
  • Warkah dengan tulisan "MAJU PROGRESIF MAKMUR" di bahagian bawah logo melambangkan perisytiharan rasmi Majlis Perbandaran Manjung dan sentiasa menjadi keutamaan Majlis untuk memastikan setiap warga kerja dan warga perbandaran akan sentiasa maju, progresif dan hidup dalam suasana penuh kemakmuran.