MENU

Program & Aktiviti

 

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

 

1. Latar Belakang

-    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas pembasmian kemiskinan di bandar selepas penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004. Sebelum ini, tugas ini adalah di bawah bidang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penyerahan fungsi ini juga termasuk pengukuhan kapisiti (capicity building) di pihak KPKT sendiri dan dipanjangkan pula kepada Pihak Tempatan khususnya sebagai agensi pelaksana bagi kementerian ini.
 
-    Kerajaan telah mensasarkan untuk membasmi golongan miskin tegar menjelang tahun dan kemiskinan secara keseluruhannya dalam tempoh lima tahun, tanpa mengira etnik. Harapan pihak kerajaan agar kawasan bandar tidak akan mempunyai penduduk miskin menjelang tahun 2009. (Petikan Teks Ucapan YB Dato' Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Majlis Perasmian Kursus Capacity Building Program Pembasmian Kemiskinan Bandar KPKT 30 Nov. 2004).
 
-    Usaha pembasmian kemiskinan di kawasan bandar difokus dan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan petempatan dan kelompok-kelompok miskin yang masih wujud di kawasan-kawasan bandar seperti perkampungan setinggan, kawasan perumahan kos rendah, kawasan kampung baru dan kawasan kampung tradisonal.

 

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR

Matlamat

a. Menyediakan persekitaran hidup yang sejahtera, sihat dan selamat kepada kumpulan menerusi penyediaan peluang-peluang meningkatkan pendapatan dan pekerjaan serta peningkatan aksesibiliti kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas dan awam

b. Memupuk semangat berdikari dan daya tahan kumpulan sasar melalui program pembinaan dan bina upaya.

Objektif

a. Menghapuskan golongan kemiskinan tegar menjelang tahun 2009 tanpa mengira kumpulan etnik.
b. Meningkatk n kualiti hidup kumpulan Sasar ke paras yang selaras dengan Indkes Kualiti Hidup Malaysia @ Malaysia Quality of Life (MQLI) yang mencakupi bidang-bidang pendidikan, kesihatan, perumahan yang mampu dimiliki dan rekreasi supaya mereka tidak tersisih dari arus pembangunan bandar; dan
c. Membawa perubahan minda dan menanam sikap positif di kalangan kumpulan sasar