MENU

Program & Aktiviti

 

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

 

STRATEGI PELAKSANAAN

1. PENUBUHAN SEKTERIAT PPKB Majlis Perbandaran Manjung

A. LATAR BELAKANG

-  Sekteriat ini diwujudkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung yang telah bersidang 3 April 2006.

-  Sehubungan itu, pihak Urusetia di Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung telah bertindak mewujudkan Sekteriat ini dengan keanggotaan utama melibatkan semua anggota  di Jabatan ini.

B. TUJUAN PENUBUHAN SEKTERIAT PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR

-  Sebagai sekteriat pelaksana dalam pelbagai program dan aktiviti ke arah mengatasi masalah kemiskinan bandar di Daerah manjung.
 
Diantara Skop Kerja Awal Sekteriat ini adalah:-

i.    Melaksanakan pengenalpastian dan membuat kajian lanjut terhadap data yang diperolehi pelbagai sumber samaada melalui jabatan dan agensi khususnya kesesuaian maklumat dan ketepatan data agar bersesuaian dengan program pembasmian kemiskinan bandar
ii.    Membantu mengenalpasti penduduk dan orang perseorangan yang miskin terutama didalam kawasan operasi majlis
iii.    Mengenalpasti, mengesan dan menilai isu dan masalah pelaksanaan program pembasmian bandar
iv.    Bekerjasama erat dengan jabatan/agensi kerajaan lain serta pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan pemimpin komuniti yang terlibat dalam perlaksanaan program pembasmian kemiskinan Bandar
v.    Bertindak sebagai penggerak dan pelaksana dalam sebarang program yang dijalankan oleh Sekteriat Program pembasmian Kemiskinan Bandar