MENU
Program Tree For A Tree anjuran Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama MajlisPerbandaran Manjung dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia telah diadakan pada 3 Februari 2017 (Jumaat), jam 8.00 pagi di Taman Awam Teluk Batik. Program yang berbentuk program penanaman pokok ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak dan dihadiri lebih 500 sukarelawan.
 
 
Dengan adanya program ini, sebanyak 1,000 pokok yang terdiri daripada 17 spesies asal pokok hutan pantai antaranya gelam tikus, beruas, bentagor paya, tanjung, jambu kuning, salam dan tembusu padang ditanam pada hari program. Ianya juga adalah salah satu usaha menghijaukan semula hutan serta meneduhkan beberapa kawasan tarikan di seluruh negeri dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat berpasukan diantara satu sama lain. 
 
 
Acara Tree For A Tree berlangsung