MENU

IKLAN BORANG PERMIT BAZAR RAMADAN 1438H/2017

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Dimaklumkan bahawa penjualan permit perniagaan Bazar Ramadan 1438H/2017 Majlis Perbandaran Manjung akan mula dikeluarkan mulai 17 April 2017 jam 12.01 tengah malam secara online di laman sesawang http://www.mpm.gov.my dan lokasi bazar Ramadan adalah seperti berikut :

Bil.

Kawasan

Lokasi Bazar Ramadan

Jumlah Petak Yang Disediakan (Borang yang dikeluarkan)

 

 

Tarikh Borang Dikeluarkan

 

Jumlah Bayaran

(RM)

1.

Pasaraya Tesco

Tempat Letak Kereta Pasaraya Tesco (HADAPAN)

90

 

 

 

 

 

17 April 2017 (Isnin)

mulai 12.01 tengah malam (sehingga borang habis dikeluarkan)

 

 

280.00

2.

Pusat Bandar

Tempat Letak Kereta Hadapan Premis Perniagaan Pusat Bandar Seksyen 3, Seri Manjung

(BELAKANG BANK RAKYAT)

72

280.00

3.

Seri Manjung 1

Belakang Pasar Awam Seri Manjung

108

(NO 1-6 PETAK OKU)

280.00

 

4.

 

Seri Manjung 2

 

Belakang Pejabat Majlis Perbandaran Manjung

192

280.00

 

5.

 

Lumut

 

Tempat Letak Kereta Hadapan Premis Perniagaan Taman Bukit Permata

 

36

280.00

 

6.

 

Sitiawan

 

Tempat Letak Kereta Gerai Taman Astaka

 

64

280.00

 

7.

 

 

Ayer Tawar

 

Tempat Letak Kereta Hadapan Premis Perniagaan Taman Medan Seri Sentosa

 

44

280.00

8.

Pantai Remis

Hadapan Pasaraya Billion

70

280.00

9.

Beruas (kecuali Hari Rabu)

Bersebelahan Padang Bola Pekan Beruas

 

24

260.00

10.

Pulau Pangkor

Dataran Kurma

20

260.00

  1. Borang hanya akan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh iklan).
  2. Pemohon perlu menyediakan sesalinan foto pemohon, salinan kad pengenalan dan salinan kad OKU (jika ada) untuk dimuatnaik semasa permohonan. Pastikan fail dalam format JPG/JPEG sahaja dan saiz fail tidak melebihi 2MB
  3. Seorang peniaga hanya dibenarkan memohon 1 kali permohonan sahaja bagi mana-mana tapak Bazar Ramadan.
  4. Setiap pemohon layak memohon tidak melebihi lebih daripada 2 petak sahaja.
  5. Kelulusan Permit perniagaan hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang mengisi maklumat permohonan dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sahaja
  6. Barang-barang jualan yang dibenarkan adalah juadah berbuka puasa seperti makanan bermasak, lauk-pauk, kuih-muih, minuman dan buah-buahan. Sila maklum bahawa pakaian, aksesori, peralatan/kelengkapan rumah untuk persiapan hari raya tidak dibenarkan
  7. Penjualan bunga api dan mercun adalah di larang sama sekali.
  8. Perkara-perkara berikut adalah di larang:-.
    1. Menggunakan pihak ketiga untuk mengisi borang dan menjalankan perniagaan.
    2. Menjual tapak kepada pihak ketiga.
    3. Menukar nombor petak perniagaan.
    4. Tidak menghadiri taklimat dan menjelaskan bayaran
  9. Pembayaran boleh dibuat mulai  26 April 2017 hingga 9 Mei 2017 selepas menghadiri taklimat kesihatan dengan membawa dokumen berikut di kaunter Pelesenan Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran Aras 2, Majlis Perbandaran Manjung.
  • kad pengendalian makanan yang masih sah tempoh atau resit suntikan pelalian taifod
  • surat kelulusan online
  • surat kebenaran daripada Ketua Jabatan

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 Oktober 2017 - 11:57am