MENU

PEMAKLUMAN PENYEDIAAN SALURAN KHAS BAHARU BAGI ADUAN BERKAITAN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Majlis Perbandaran Manjung telah mewujudkan saluran khas baharu bagi aduan pembuangan sampah secara haram menerusi aplikasi Telegram.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin mengemukakan aduan berkaitan perkara tersebut boleh klik pada pautan https://t.me/joinchat/AAAAAAsu5UjZyKopiL7WRA yang juga dipaparkan menerusi portal MPM iaitu http://www.mpm.gov.my.

Kerjasama orang ramai juga diperlukan untuk mengemukakan gambar pelaku dan kenderaan yang terlibat (jika ada) semasa aktiviti tersebut dilakukan untuk memudahkan MPM mengambil tindakan lanjut.

Sekian, harap maklum.