MENU

PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN BAGI PENGGAL PERTAMA TAHUN 2017

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir pembayaran cukai taksiran bagi penggal pertama tahun 2017 adalah pada 28 FEBRUARI 2017 (SELASA). Sehubungan dengan itu, pemilik-pemilik harta adalah dinasihatkan untuk membuat pembayaran sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan denda NOTIS E sepertimana berikut : a) Denda RM 20 bagi tunggakan cukai tidak melebihi RM200 b) Denda RM30 bagi tunggakan cukai melebihi RM200 Pembayar cukai yang menjelaskan bayaran untuk tempoh setahun berpeluang menyertai Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi. Sekian, harap maklum.