MENU

SYARAT-SYARAT DAN TERMA

PEMBERIAN KAD PRIVILEGES KEPADA PEMBAYAR CUKAI

 

TERMA & SYARAT

  1. Menjelaskan Cukai Taksiran Semasa yang bernilai RM 10,000 atau lebih (mengikut bil sebelum 28hb. Februari setiap tahun).
  2. Kelayakan adalah untuk tempoh mulai 1hb Januari tahun semasa sehingga 31hb Januari tahun berikutnya dan kelayakan tahun berikutnya adalah tertakluk samada ahli telah menjelaskan bil Cukai Taksiran yang dituntut sepenuhnya.
  3. Bayaran cukai taksiran adalah untuk pegangan yang terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung sahaja.
  4. Kad diberikan secara percuma tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang diperuntukan.
  5. Kad tidak boleh dipindahmilik dan Majlis Perbandaran Manjung boleh meminta untuk di kemukakan dokumen-dokumen lain untuk pengesahan termasuk kad pengenalan, lesen memandu atau kad kredit.
  6. Sekiranya berlaku kehilangan kad atau kad rosak, pemegang kad hendaklah memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Manjung dalam tempoh 24 jam selepas kehilangan.
  7. Pemegang kad adalah diminta untuk menghubungi Majlis Perbandaran Manjung sekiranya terdapat apa-apa maklumat berkaitan bagi pemberian dan penggunaan kad ini.
  8. Pemberian kad ini tidak mengikat pemegang kad dan Majlis Perbandaran Manjung di dalam apa-apa kontrak dan tidak bermaksud mewujudkan apa-apa hubungan ejen dan prinsipal di antara kedua-dua pihak.
  9. Majlis Perbandaran Manjung berhak mengubah, meminda dan menukar segala polisi, syarat dan peraturan sepertimana yang difikirkan dari masa ke semasa.
  10. Semua perubahan atau pindaan ini akan dimaklumkan kepada ahli secara bertulis atau melalui khidmat pesanan ringkas.
  11. Sekiranya terdapat apa-apa perlanggaran syarat dan penyalahgunaan kad, pihak Majlis berhak untuk mengambil semula kad ini.
  12. Ahli perlu mengemukakan Kad Privileges setiap kali berurusan bagi mendapatkan keistimewaan sebagai pemegang kad.
  13. Penama-penama sebagai wakil/egen bagi pihak syarikat yang disenaraikan pihak syarikat.