MENU

 

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada Orang Awam / Peniaga / Syarikat yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dari segi kewangan dalam pelaksanaan projek berikut :-

CADANGAN UNTUK SEWAAN TAPAK MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BAGI TUJUAN PERNIAGAAN DI ATAS LOT PT 14091 SELUAS 0.33 EKAR, MUKIM SITIAWAN, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.

(No. Rujukan Fail : P/4/34 JLD. 6)

 

Syarat-syarat dan Terma adalah seperti berikut :

  1. Cadangan yang dikemukakan hendaklah berbentuk komersial yang mempunyai reka bentuk moden serta berdaya saing.
  2. Tempoh bagi sewaan tapak adalah selama 3 tahun dan nilai bagi  kadar sewaan serta kos pembangunan secara keseluruhan perlu dinyatakan kepada Majlis Perbandaran Manjung di dalam kertas kerja cadangan.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada Orang Awam / Peniaga / Syarikat yang berstatus BUMIPUTRA.
  4. Pihak-pihak yang berminat boleh mendapatkan borang serta pelan tapak cadangan menerusi laman web rasmi Majlis Perbandaran Manjung www.mpm.gov.my atau di alamat yang berikut:

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Manjung

Jalan Pinang Raja

32040, Seri Manjung

Perak Darul Ridzuan

u/p :JABATAN PERANCANG BANDAR

Tel :05-6898844 Fax: 05-6882102

Email :jpb.mpm@gmail.com

Orang Awam / Peniaga / Syarikat yang layak dan berminat perlu mengemukakan kertas cadangan dan maklumat yang lengkap beserta dengan profail.Cadangan dan konsep pembangunan yang hendak dibuat perlu disertakan dengan illustrasi/perspektif pelan cadangan.

Orang awam / Peniaga / Syarikat hendaklah tidak melibatkan diri di dalam perkara-perkara berikut :-

  1. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
  2. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenarai hitam Orang Awam / Peniaga / Syarikat boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) 

Tarikh Tutup Permohonan

Kertas kerja cadangan pembangunan berkenaan hendaklah diserahkan  sebelum atau pada 22 MAC 2017.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

YANG DIPERTUA,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

 

Tender Ref: 
No. Rujukan Fail : P/4/34 JLD. 6
Tender Closing Date: 
Rabu, 22 March 2017
Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 11:31am