Pendakwaan

Perkara 145 Fasal 3 di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Peguam Negara dalam menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di mahkamah yang berbidangkuasa layak kecuali mahkamah syariah. Dalam hal ini, Tindakan pendakwaan bagi semua kesalahan di bawah undang-undang bertulis di Malaysia adalah atas arahan Peguam Negara. Walaubagaimanapun ianya adalah mustahil bagi semua kes di Malaysia dirujuk kepada Peguam Negara seorang. Oleh yang demikian Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah telah mengariskan bahawa kuasa pendakwaan juga boleh diturunkan kepada Timbalan Pendakwarya yang dilantik. Sehubungan itu, mana-mana pegawai di dalam Jabatan Kerajaan boleh diberi kuasa dibawah Seksyen 377 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) bagi menjalankan pendakwaan di Mahkamah.

KES-KES YANG BOLEH DIDAKWA

Jabatan Undang-Undang melaksanakan pendakwaan bagi kes-kes keingkaran terhadap notis yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Manjung dan juga kesalahan tempat letak kereta, kes binaan bangunan yang tidak mendapat kelulusan dari majlis atau bangunan yang dibina melencong daripada pelan asal yang dikemukakan kepada majlis dan kes perniagaan yang tidak mempunyai lesen Majlis.

HUKUMAN DAN SEKSYEN YANG TERLIBAT DI DALAM PENDAKWAAN

KesalahanHukuman
Tempat Letak Kereta
Seksyen 33 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Manjung 2000.Seksyen 72 (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit (RM 300)
Bangunan
BinaanSeksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).Jika disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan boleh didenda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali
MelencongSeksyen 70 (13) (b) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Pindaan BangunanSeksyen 70 (11) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).Jika disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit
Menggunakan bangunan selain daripada tujuan ianya dibinaSeksyen 70 (12) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).Jika disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan
Lesen
Perniagaan tanpa lesenUndang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Manjung) 1983.Undang-Undang Kecil 27 Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Manjung) 1983.denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan.
Mempamerkan papan iklan tanpa lesenUndang-undang kecil 15, Undang-Undang Kecil Iklan (MDM) 1984Undang-undang kecil 15 Undang-Undang Kecil Iklan (MDM) 1984 denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau hukuman penjara tidak lebih daripada satu tahun
Halangan
Menyebabkan halangan di tempat awamSeksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974Jika disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan boleh didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi kesalahan untuk sabitan kali kedua dan seterusnya