MENU

Pengenalan

  1. Bahagian letak kereta adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan tempat meletak kereta dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung .
  2. Kawasan tempat kereta di Majlis Perbandaran Manjung terbahagi kepada 4 kawasan iaitu:
    1. Sitiawan
    2. Manjung
    3. Lumut
    4. Air Tawar

Tujuan

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran Manjung untuk mengutip bayaran dan mengendalikan tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan seperti berikut:
 
  • Memastikan perkhidmatan letak kereta di Bandar Manjung tersusun dan memenuhi keperluan pelanggan
  • Memudahkan orang ramai meletak kenderaan secara tersusun untuk mewujudkan keselesaan dan kemudahan orang ramai.
  • Mewujudkan persekitaran Bandar Manjung yang tersusun,terancang melalui perkhidmatan letak kereta yang bersistematik, cekap dan efektif agar tidak mengganggu lalu lintas.

Denda Kesalahan Lain

Anda dianggap bersalah di bawah Perintah Pengangkutan Jalan 2000 sekiranya anda melakukan kesalahan – kesalahan berikut antaranya ialah :-

 

• Ingkar Tanda Kosong
• Ingkar Tanda Larangan Letak Kereta
• Ingkar Tanda Larangan Berhenti
• Letak Di Luar Tempat / Petak Letak Kereta
• Seluruh Kereta Tidak Berada Di Dalam Petak Kereta
• Kereta Diletakkan Tidak Mengikut Arah Perjalanan Lalulintas
• Gagal Menjaga Keselamatan Orang Atau Kereta Ketika Mengendalikan Kereta
• Meletak Kereta Di Petak Letak Kereta Yang Digantung Penggunaannya
• Menghalang petak letak kereta oleh : (Motosikal/Van/Lori Kecil/4wd/Lori Besar/Bas)
• Berdagang/berniaga di petak letak kereta
• Membaiki kereta di petak letak kereta
• Membasuh/mencuci kereta di petak letak kereta
• Mengalih apa-apa resit, tiket, kompaun atau notis
• Menyalahgunakan tempat / petak letak kereta
• Meletak kenderaan di tempat bukan letak kereta
• Mempamirkan iklan atau notis untuk menjual kereta
• Tidak Mempamirkan Kupon Yang Sah
• Mempamirkan Kupon Tidak Mengikut Arahan-Arahan Yang Diberikan
• Tidak Mempamirkan Kupon Di Atas 'Dashboard' Sebelah Kanan Dengan Jelas
• Masa Yang Ditunjuk Dalam Kupon Berikutnya Tidak Bersambung Serta-Merta
• Letak tanpa membayar caj/melebihi masa 

    Cara Pembayaran

    • Kompaun atau denda boleh dibayar di kaunter Pejabat Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang termasuk waktu rehat
    • Kompaun juga boleh dibayar di Kaunter Medan Letak Kereta Bertingkat di Lumut sepanjang masa
    • Bagi memudahkan penduduk di luar Daerah Manjung, bayaran juga boleh dibuat melalui saluran berikut :
     
          a) Wang Pos atau Cek atas nama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan dialamatkan kepada :
             
              Majlis Perbandaran Manjung
              Jalan Pinang Raja,
              32040 Seri Manjung
              Perak Darul Ridzuan.
     
         b) Rangkaian laman web berikut :
             * Maybank2u.com.my
             * Bank Islam Online
             * Ambank Online
             * Mbfcards.com
             (dengan mengisikan no kompaun dan amaun.  Cth : E 12345 RM10.00)